CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Saturday, August 1, 2009

SURAT WASIAT PENTADBIRAN PUSAKA


BERMAKSUD DOKUMEN PENYELESAIAN PUSAKA BERBENTUK PENGAMANAHAN KEPADA WASI (PENTADBIR) UNTUK MENYEMPURNAKAN SEGALA HASRAT KITA (PEWARIS) SELAMA MANA IA TIDAK BERCANGGAH DENGAN HUKUM SYARAK, TERMASUKLAH MELAKSANAKAN MANA – MANA STRATEGI PERANCANGAN PUSAKA YANG MENJADI PILIHAN KITA (PEWARIS).


DIDALAMNYA TERCATAT DENGAN LENGKAP:-

WASI ( waris terdekat)

ARAHAN KEPADA WASI

SENARAI WARIS

SENARAI HARTA

SENARAI HUTANG

HASRAT/PESANAN


Para Ulama telah sependapat bahawa hukum menulis surat wasiat adalah sunat muakad (digalakkan) dan ia boleh menjadi WAJIB sekiranya kita mempunyai hutang. Bermakna WAJIB kita mengamanahkan WASI untuk melunaskan hutang piutang dan memastikan kebajikan anak – anak (waris).


KELEBIHAN MEMBUAT SURAT WASIAT PENTADBIRAN PUSAKA

  • Mempercepatkan proses surat kuasa pusaka.
  • Mengelakkan persengketaan waris.
  • Melindungi kebajikan masa depan waris/mereka yang tersayang
  • Memastikan harta diagihkan kepada waris yang berhak mengikut hasrat.
  • Mempercepatkan pengagihan harta pusaka tanpa perlu menghadapi rintangan birokrasi yang akan dihadapi oleh waris sekiranya tidak membuat surat wasiat.



SEKIRANYA BERLAKU KEMATIAN TANPA ADANYA SURAT WASIAT PENTADBIRAN PUSAKA, WARIS PERLULAH :-


  • Melengkapkan Borang A (Borang Bicara Kuasa) bagi mendapatkan Kuasa Tadbir.
  • Mendapatkan tandatangan setiap waris.
  • Sertakan surat mati, salinan dokumen harta, salinan k/p para waris
  • Menangani perbalahan yang mungkin berlaku mengakibatkan waris enggan menurunkan tandatangan.
  • Menghadapi proses yang mengambil masa yang lama hanya untuk mendapatkan surat kuasa.



    Sumber : Nota Wasiat, Md Ghazali Ibrahim, 978-983-4451-90-5


    HUBUNGI jujomy@gmail.com agar waris anda tidak merasai keperitan menuntut harta pusaka anda....


0 comments: