CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Monday, June 15, 2009

ILMU PERANCANGAN HARTA PUSAKA


Apabila harta peninggalan arwah dikumpulkan, sebelum ianya di faraidkan, ada hak – hak yang mesti dikeluarkan terlebih dahulu sebelum dibahagikan. Sebenarnya faraid adalah yang paling akhir dilaksanakan setelah beberapa perkara ditunaikan terlebih dahulu.


HARTA PUSAKA

(Tolak) Hutang

(Tolak) Hibah

(Tolak) Wasiat

(Tolak) Harta Sepencarian


Bakinya barulah di faraidkan kepada waris ( Nisbah asas – Ayah 1/6, Ibu 1/6, Isteri 1/8, Anak lelaki 2 bahagian dan anak perempuan 1 bahagian)


Wasiat adalah memberikan tidak lebih dari 1/3 drp harta kepada bukan waris dan adalah dinasihatkan diberikan kepada rumah anak yatim/sekolah tahfiz dll sebagai amal jariah yang berterusan.

Suami/Isteri yang kematian pasangan, perlulah tahu hak masing – masing agar masa depan bersama anak – anak akan lebih terjamin. Ambil tahu apa itu wasiat, harta sepencarian dan hibah serta nisbah faraid.

Suami/isteri boleh menuntut harta sepencarian sehingga ½ drp harta pusaka. Selain itu juga pasangan boleh lagi mendapat bahagian dari harta yang difaraidkan.

Hibah juga boleh dibuat bagi memberikan orang tersayang lebih daripada apa yang sepatutnya terutama sekali apabila anda hanya mempunyai anak perempuan atau tidak mempunyai anak langsung...

Tetapi, semua ini perlulah dirancang dan didokumentasikan agar proses tuntutan dapat dibuat dengan teratur dan waris tidak kelam kabut naik turun mahkamah syariah, amanah raya, pejabat harta pusaka kecil, mahkamah sivil dll.

Kami sedia membantu anda mengikuti hukum syarak dengan pintar.


Hubungi Junita di 012 226 5167 untuk maklumat lanjut.

0 comments: